suka suki

Posted December 19, 2009 by raherz
Categories: Uncategorized

budak2 yg lahir pd thn 70/80/90an mesti ingat
mase skola rendah dulu:

- kat skola ade salesman jual buku
cerita.
ari ni bg list, esok mintak duit
beli walaupun cerita buku tu dah tau.

salesman susu pon camtu gak.

- kat library, budak2 mmg baca buku tp
just tengok gamba je.
bile ade program
Nilam, sebok semua nak pinjam buku.

- RMT kat skola mkn x best, tp yg
berduit pon join RMT, x phm….

- pakai pensel box yg bole bukak dpn
blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die.

- main lwn pemadam, syg nak guna utk
padam.
padahal itu fungsi sbnr, utk padam!

- pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm
ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu.

- cikgu pakai pembaris kuning pjg.
Ade
pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu
pgg pon kat situ.

- bulu ayam jd ramping krn sering
dijadikan rotan.

- time pendidikan seni, lukis sume boleh
tp bile time kaler sume hampeh.
ade gak
buat anyaman pakai kertas warna, kolaj
la, ape la…

- main game 2D.
super contra, super
mario, street fighter, sume pakai tape.

- jam tgn Boy London jd idaman, sbb bole
tuka2 kaler ikut suhu n cuaca.

- takut BCG tp lepas inject poyo la pulak…

- balik skola beli JoJo xpon Dendang.

Tora pon best gak.
Beli se mata2 nak
mainan, coklat die x mkn pon.

- Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die
kat tV bole tembak alien tu…

- Siri kartun; power rangers, ultraman,
transformers, ninja turtles,
Thundercats, maskman, Gaban dan mcm lg.

jgn lupe sume ni sbb zaman skrg budak2 x
smpt lyn bende2 ni.
kite akan sentiasa
berubah, cume asal-usul kite yg
permanent.
huhu~

ni la baru zaman kita kawan2 ^o^

matlamat akhir hidup kita

Posted October 11, 2009 by raherz
Categories: kehidupan, palestin tercinta

selepas bermula sem last nih,saya agak kelam kabut uruskan diri.x stabil pon ade gak.masa saya banyak saya habiskan untuk diri dan pelajran,masa untuk orang lain makin kurang.ada pro dan contra.saya masih dalam proses dan bahagikan sama rata masa untuk Allah,orang lain dan diri sendiri.

berbalik pada tajuk~apa matlamat akhir hidup kita?

saya baru tersedar hari ini saya terlari dari matlamat hidup.

matlamat hidup adalah saya ialah~

-MaTi.

-PasTikaN Al-QudS BebAs.

-Cari Redha Tuhan Punya Badan.

setakat nih saya kenal pasti matlamat hidup saya hanya 3 asas ini.kalau anda boleh tambah apa-apa.sila komen ye.

jom layan video nih~saya pasti semua orang sayang tempat ni~

~wasalam~

banyak lagi perkara menanti di hadapan…

Posted September 26, 2009 by raherz
Categories: think

saya selalu fikir tentang future saya.saya nak jadi sekian sekian.tapi bila waktunya tiba,lain pula jadinya.kenapa ye?

sebab kita tidak tahu dan tak akan pernah tahu apa yang menanti di hadapan.

semua itu milik yang Maha Satu.

jadi saya ambil keputusan untuk koreksi dan prepare diri untuk masa hadapan coz banyak lagi perkara yang menanti.

saya tidak akan tahu perkara dihadapan,tapi saya yakin saya tidak mampu persiapkan diri bila nyawa dah sampai halkum.

prepare ourself~준비하자!!

p/s:selamat hari raya,maaf zahir dan batin(lambat pulak saya ucap)

~LQ~

Posted September 10, 2009 by raherz
Categories: ramadhan

LQ

kenapa aku terlalu mencarimu?

tiada alasan untuk aku mengatakan tidak kepadamu.

aku perlu berusaha.

semoga bertemu.

~YA Allah,pertemukanku dengan LQ~

Biografi Asy-Syahid Ir. Yahya Ayyash HAMAS

Posted July 3, 2009 by raherz
Categories: palestin tercinta

Yahya Ayyash

Beliau pemuda yg hatinya diilhamkan Allah dengan nur yg memberkati ini. Beliau mewaqafkan seluruh jiwannya untuk Palestine dan Islam. Bertarung untuk mendapatkan kebebasan dan maruah yg telah diragut pada awal abad ke-20 oleh bangsa, bangsa Yahudi Laknatullah.

Ceritanya bermula di Rafah, tempat kelahiran seorang pejuang Islam yg menghambakan seluruh hidupnya untuk mendapatkan syahid Allah. Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga yang biasa pada 3 Mac 1966.

Pada hari tersebut menyaksikan lahirnya Hero umat Islam yang bakal menggemparkan bangsa Yahudi. “Hero” umat Islam ini dinamakan dengan nama Yahya Ayyash. Yahya bermaksud untuk hidup manakalaa Ayyash bermaksud seseorang yg menjalani kehidupan yg . Bertepatan dengan namanya, beliau telah hidup dihatiku dan hati2 umat Islam dalam jangkamasa yg lama dan namanya akan terus mekar seiring masa berjalan walaupun hayatnya di dunia ini tidaklah sepanjang namanya.

Engineer yang Genius

Ayyash menamatkan persekolahan menengah atasnya di Rafah dengan keputusan yg cemerlang dan melayakkannya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang engineering di Beit Zeit Univertsity. Ayyash menerima ijazah Electrical Engineering pada tahun 1988 ketika umurnya 22 tahun. Ayyash pada asalnya mahu melanjutkan pelajaran ke bidang master di luar negara tetapi rejim Zionis menghalangnya dari berbuat demikian.

Dia kemudiannya melibatkan diri secara aktif dalam Briged Izzudin Al-Qassam dimana beliau menyumbangkan kepakaran dalam membuat bahan letupan dari bahan2 mentah yg mudah didapati di Palestine. Beliau adalah orang yg bertanggungjawab terhadap teknik “bom syahid” dalam peperangan menentang rejim Zionis.

Seorang Lelaki yang sederhana

Sesiapa yg berkesempatan bertemu dan berbicara dengan Ayyash akan mengatakan bahawa belau adalah seorang biasa yg cintakan keluarganya, jiran tetangganya dan tanah air tumpah darahnya. Setiap insan yg mengenali ayyash akan mencintainya kerana beliau adalah model seorang yg sederhana dan senang menolong orang yg memerlukan. Dengan melihat matanya sahaja kita dapat mengetahui bahwa beliau adalah seorang yg rendah diri dan sederhana. Dalam jiwanya bagaimanapun tersembunyi cita2 besar dan murni seorang lelaki.

The Engineer – Bapa Operasi Syahid

Ayyash adalah individu utama disebalik operasi-operasi syahid untuk mengajar regim Israel atas serangan tidak berperikemanusiaan mereka keatas orang awam. Apabila Baruch Goldstein, syaitan bertopengkan manusia berbangsa Yahudi membunuh lebih dari 30 orang Palestin ketika mereka sedang khusyuk bersolat di Masjid Al-Ibrahimi di Bandar Khalil, Hamas berazam untuk membalasnya ke atas pihak zionis.

Beberapa minggu selepas pembunuhan kejam keatas jemaah yang sedang solat tersebut, beberapa serangan dilakukan keatas pihak-pihak zionis. Pihak kerajaan Zionis kemudiannya mendapat maklumat bahawa Ayyash adalah dalang disebalik semua serangan balas, dalm sekelip mata Yahya Ayyash menjadi individu di tangga teratas most-wanted list rejim Zionis. Hidup dalam buruan menyebabkan Ayyash terpaksa hidup berpindah randah dalam masa tiga tahun. Dalam tempoh persembunyiannya, belaiu telah menyamar sebagai seorang Rabi Yahudi (seperti Paderi Kristian), dan penyamarannay ternyata berkesan kerana rejim Zionist gagal mengesan beliau sehinggalah maklumat dating dari pihak Islam sendiri.

Disebabkan keazamannya menentang musuh2 Allah, mereka telah memberikannya gelaran “The Engineer” (Al-Muhandis didalam Arab). Amat penting untuk dinyatakan disini bahwa pihak musuh yg memberikan beliau gelaran ini dan bukan orang2 Palestine ataupun Hamas.

Ayyash bukanlah seorang yg pengecut kerana bersembunyi dari pihak Zionis tetapi tempoh persembunyiaannya itu digunakan sebaik mungkin untuk melatih pemuda-pemuda Palestin untuk membuat senjata dan bom menggunakan bahan-bahan asas yg boleh ditemui di bumi Palestin.

Seorang Yang Menunaikan Kesaksiannya

Pada Jumaat, 5 Februari, ombak di laut menggulung tinggi dengan ganas, angin bertiup dengan sunyi dan tenang, manusia bergegas kesana sini, mereka semua tahu bahwa sesuatu yg buruk mungkin telah berlaku. Secara tiba2 sekumpulan lelaki melaungkan Ayyash terbunuh! Ayyash di terbunuh! Seluruh masyarakat Palestin terdiam, tergamam, terkejut….mereka menangis di jalan-jalan, di dalam kereta-kereta, di balkoni-balkoni, dan di dalam bilik-bilik mereka. Kanak-kanak kecil meninggalkan sekolah untuk mencari tempat untuk melepaskan kesedihan mereka akibat kematian seorang hero. Ayyash dibunuh oleh bangsa Yahudi Laknatullah. Setiap makhluk bersedih dan marah, pokok-pokok kelihatan menahan kemarahan, burung-burung berterbangan tidak tentu hala akibat kemarahan yg amat sangat, angin berhenti bertiup dan gelombang-gelombang di lautan terhenti. Hanya bangsa Zalim dan kejam kelihatan gembira meraikan kematian Ayyash. Syahidnya Yahya Ayyash adalah dengan strategi pihak Zionist yg bekerjasama dengan kenalannya yang meletakkan bom di dalam telefon bimbitnya.

Dengan kematian Ayyash, rejim zionis menyangka bahawa tiada lagi penentangan terhadap rancangan dajjal mereka, tetapi ternyata mereka adalah bangsa yg bodoh dan pengecut, dengan syahidnya Ayyash, beribu-ribu Ayyash lain muncul untuk menyekat kemaraan mereka.

Seorang Pengganas ?

Ayyash bukanlah seorang pembunuh besar-besaran seperti yg dilakukan Sharon di Sabra dan Shatila. Dia mempunyai kemampuan untuk meletakkan 100kg TNT di dalam panggung wayang atau di mana sahaja tempat yg mempunyai ramai orang awam. Dia juga mampu meranapkan sebuah menara dengan meletupkan sebuah van yg sarat dengan TNT dibawahnya. Walaubagaimanapun, beliau tidak melakukannya kerana Islam tidak mengajar supaya pembelanya membunuh kanak2 dan wanita2. Namun apabila musuh melakukannya dahulu, adakah berdiam diri sahaja tindakan kita ?….Akibat kematian Ayyash, Briged Izzudin Al-Qassam (sayap Hamas) telah melancarkan operasi besar2an yg mana salah satunya berjaya membunuh 20 orang tentera Yahudi. Hamas menyatakan bahwa ianya hanya permulaan untuk membalas tindakan Zionist tersebut. Seorang pemberita Yahudi melaporkan “Yahudi terpaksa membayar harga yg tinggi terhadap pembunuhan seorang lelaki yg dikenali sebagai “The Engineer”, empat serangan balas dalam masa tujuh hari membunuh puluhan tentera dan mengubah scenario politik Israel.

Pemergian Ayyash yang dianggap akan melemahkan umat palestine ternyata meleset. Malah kematian Ayyash menguatkan lagi semangat jihad umat Islam Palestine. Ternyata Kekuatan umat bukanlah bergantung kepada ketua mereka atau guru mereka tetapi kepada iman dan ketaqwaan umat tersebut.Mari kita sama menilai diri kita, adakah kita mempunyai iman sekuat mereka untuk membela dan mengembalikan kegemilangan Islam. I/Allah sama-sama kita renungkan.

dipetik dari blog inijalanku.wordpress.com

http://inijalanku.wordpress.com/parti2/biografi-asy-syahid-ir-yahya-ayyash-hamas/

apabila kita bercerita sesuatu masalah…

Posted June 19, 2009 by raherz
Categories: tazkirah

saya lihat masyarakat sekeliling terutama orang melayu dan islam,rancak bercerita tentang masalah itu dan ini.malah lebih menyedihkan lagi apabila masalah itu menjadi-jadi tanpa diberi sebarang solusi.masalah itu dipanjang-panjangkan,dilebarkan-lebarkan,sehingga menimbulkan pelbagai fitnah.

saya kecilkan skop ini dikalangan para pencinta islam.ada segelintir para pencinta islam yang sibuk menceritakan masalah dan sibuk membesar-besarkan isu masalah tersebut.tapi akhirnya,masalah itu tidak selesai,tarbiyyah terabai,kualiti merudum,dakwah tergadai.

kalau kita sibuk menceritakan tentang keburukan dan masalah  tanpa membawa jalan penyelesaian,kita bimbang kita termasuk dalam golongan yang disebut dalam satu hadis “kamulah orang paling rosak dikalangan yang rosak” atau “kamulah orang merosakkan mereka”.

oleh itu,jagalah adab ini;-

1.apabila mendengar sesuatu masalah,usah terburu-buru.kenal pasti  punca masalah itu.jangan dibesar-besarkan.beritahu kepada mereka yang layak.usah didebatkan,usah dicampur-baurkan dengan info tambahan dalam masalah itu.

2.setelah mengenal pasti punca masalah sebenar,bincangkan solusi dan jalan penyelesaian.bincang langkah penyelesaian secara terperinci,secara rasional.libatkan mereka yang sepatutnya.

3.setelah mencapai jalan penyelesaian,bergerak seperti yang dirancang.gerakkan jalan penyelesaian sebaik mungkin.

4.tawakkal kepada Allah.serahkan kepada yang maha Esa,maha Kuasa.

bincang masalah,sertakan solusi.itulah adab kita,itulah adab da’ie.

Wallahu’alam.

kehidupan

Posted June 15, 2009 by raherz
Categories: kehidupan

kehidupan tidak harus dipersia-siakan.kita harus pelajari dari setiap sesuatu yang berlaku.

jika ianya baik,ketahuilah Allah ingin menguji kita sejauh mana kita bersyukur padaNya,rasa rendah diri dan patuh  pada kekuasaanNya.

jika ianya buruk ketahuilah Allah ingin menguji kita sejauhmana kemahuan diri ini untuk kembali pada penciptaNya,bertaubat kepadaNya.

setiap sesuatu yang kita lakukan,usah terlalu berpuas hati.berusaha untuk tingkatkan kualiti,tingkatkan prestasi.

setiap sesuatu yang kita lakukan,usah kita terlalu kesali.masih ada ruang untuk kembali,selagi nafas tidak terhenti.

sesuatu urusan,baik atau buruk keputusannya,usah dipanjangkan.kehidupan perlu diteruskan.

mulai hari baru,rancang kehidupan baru,masih banyak lagi urusan yang menunggu.

kehidupan ini perlu kita lalui,perlu kita tempuhi,

sehingga ke akhir hayat.

~selamat berjuang~

pena dan amal

Posted June 10, 2009 by raherz
Categories: Uncategorized

 

pena

tika pena asyik berlari,

terlupa amal diri masih lagi ternanti-nanti.

aku perlu beramal

pena dan amal perlu bergerak seiring

seiring menuju mardhotillah

moga diri ini terus dan menerus menjadi lebih hebat dalam bidang amal.

 

“dengan keikhlasan dan kejujuran,mari bekerja,berjuang dan berjihad”

 

~pemuda kahfi~

spekulasi & manipulasi

Posted May 23, 2009 by raherz
Categories: dunia oh dunia

dalam dunia hari ini,kita sebenarnya sering berlegar dan bermain dengan dua perkataan ini,spekulasi dan manipulasi.kita sebenarnya perlu menyedari tentang hakikat kekuatan dua perkataan ini,yang banyak mempengaruhi tindak tanduk kita dalam melakukan sesuatu perkara dalam urusan seharian,terutama dalam skop bisnes dan jual beli.

spekulasi atau dalam bahasa inggeris speculate bermaksud menggagak serta sanggup mengambil risiko terhadap agakan tersebut.manakala manipulasi pula bermaksud bertindak secara licik.

lalu apa kaitan 2 perkataan ini dalam kehidupan kita?

speculator

speculator adalah orang yang membuat spekulasi.setiap orang berniaga dan menceburi bidang marketing pasti perlu membuat satu spekulasi tentang produk atau barangan yang dikeluarkan.sebagai contoh,mesti anda pernah melihat iklan sabun ‘breeze’.kita dapat lihat bagaimana iklan tersebut membuat kita sebagai pengguna rasa yakin ingin membelinya,sedangkan kita tidak pasti tentang kebenaran produk tersebut adakah benar mampu boleh menghilangkan kekotoran 99.9%(0.1 peratus lagi kemungkinan kuman dan bakteria degil).jadi itulah kuasa speculator,membuat satu spekulasi yang mampu membuatkan pengguna yakin terhadap produk yang ingin dijual dan dipasarkan.

speculator yang memanipulasi

pernah tak kita berhadapan dengan keadaan dimana barang yang kita beli tidak sama dengan kualiti dan keberkesanan yang dijanjikan penjual.sebagai contoh pak mat  pergi ke kedai dan ingin membeli minyak angin.penjual itu meyakinkan pak mat tentang satu produk minyak angin yang mana ianya mampu menghilangkan sengal-sengal badan,bengkak-bengak,lenguh-lenguh dll.lalu pak mat pun yakin dengan produk tersebut lalu membelinya.tetapi malangnya hasil minyak angin tersebut tidak sama dengan apa yang dijanjikan.badan pak mat menjadi gatal-gataldan bengkak-bengkak tidak berkurang.lebih malang lagi selepas itu barulah pak mat tahu yang minyak angin itu diperbuat dari bahan yang mendatangkan mudarat.

secara logiknya,pembuat produk minyak angin tersebut pasti tahu akan kekurangan produk tersebut,tetapi kerana ingin melariskan jualandan produk,mereka sangggup memanipulasi maklumat dan sembunyikan kebenaran.jadi pembuat minyak angin tersebut menjadi speculator yang membuat satu spekulasi yang tidak benar tentang produk minyak angin tersebut dan inilah yang dikatakan sebagai speculator yang memanipulasi maklumat.

speculator dunia

dunia hari ini dikawal oleh speculator yang memanipulasi maklumat.sebagai contoh yang paling jelas, ialah harga minyak dunia.harga minyak dunia sebenarnya dikawal oleh satu kelompok manusia yang rakus dan tamak.sudah tentulah pengawal harga minyak ini mempunyai agenda tersendiri untuk menyebabkan dunia tunduk dengan permainan mereka.

inilah hakikat yang saya sedari.

minyak merupakan antara bahan yang diperlukan bagi setiap manusia.pengawal harga minyak ini punyai kuasa untuk menentukan harga minyak dunia,naik atau turunkan harga berdasarkan plan mereka.perlu kita ketahui mereka ini bukanlah pengeluar minyak,tapi hanya pengawal harga minyak.

cara mereka adalah begini:-

pengawal harga minyak akan membeli minyak dari pengeluar minyak dengan harga pembelian yang lebih tinggi dari harga pembelian biasa.sudah pasti pengeluar minyak akan menjual berbilion tong minyak pada mereka.setelah membuat pembelian,mereka akan menyimpan tong-tong minyak ini di gudang simpanan minyak mereka.

selepas itu mereka akan membuat spekulasi tentang harga minyak dunia akan naik pada bulan mei dari 49USD setong kepada 100USD.jadi pada masa ini,apa saja syarikat yang memerlukan minyak untuk penghasilan dan pengeluaran produk pasti akan pusing dan akan membuat kira-kira tentang harga produk mereka.jadi berlakulah kenaikan harga barangan jualan produk mereka dipasaran.

harga minyak dunia meningkat.pengeluaran terjejas.harga produk di pasaran tinggi.yang menerima kesan paling ketara adalah pengguna seperti kita yang tidak tahu pemainan pengawal harga minyak dunia,yang hanya tahu membeli dan menggunakan.

selepas setahun mereka menurunkan harga minyak kembali setelah mengaut keuntungan berkali ganda.lalu mereka menurunkan harga minyak.tetapi apa berlaku selepas itu?ekonomi dunia jatuh.sekali lagi kita sebagai pengguna menerima akibat yang buruk.

minyak sebenarnya mempunyai nilai dan harga yang stabil tetapi harganya sering berubah kerana pengawal harga minyak.mereka ini naik dan turunkan harga minyak ikut kehendak hati mereka.

situasi diatas adalah berdasarkan pengamatan.kita telah dimainkan oleh speculator yang memanipulasi ekonomi dunia,dan membuat spekulasi mengikut kehendak mereka.mereka ini tidak lain tidak bukan adalah mereka yang terdiri daripada yahudi yang telah berjaya membuatkan manusia sejagat kucar-kacir dengan agenda mereka.

kita telah lama dipermainkan seperti robot yang hanya ikut telunjuk mereka.mereka ini selalu membuat spekulasi dan memanipulasi,tapi kita tidak sedar dan ikut sahaja plan ciptaan mereka.

mungkin kita telah lama mengikut arus yang dicipta mereka,lalu kita tidak sedar tentang perkara ini.

persoalannya, siapa yang akan mengubah dan mencipta satu revolusi kelainan dari arus dunia sekarang?yang akan menjadi speculator yang jujur,memegang amanah dunia ciptaan tuhan ini dan tidak memanipulasi maklumat mengikut kehendak hati dan nafsu?

Wallahu’alam.


mencari pendakwah yang hakiki

Posted May 21, 2009 by raherz
Categories: tazkirah

Artikel ini dipetik dari blog Ustaz Halim Bin Abdullah  

www.inijalanku.wordpress.com

Hasan Al-Banna (1906-1949). Pengasas dakwah Ikhwan Muslimin.

Sejak posting “Mencari Ulamak Dakwah yg hakiki”, ramai yg bertanya bagaimana pula dengan Doktor Dakwah, Engineer Dakwah dll yang hakiki. Nanti saya akan cuba respon kepada soalan-soalan tersebut. Sebagai permulaan, elok saya tulis secara umum dahulu merangkumi apa sahaja bidang pekerjaan.

Apa sahaja bidang pekerjaan kita seperti guru, peguam, petani dsb, ia adalah satu bentuk pengkhususan. Jika ianya penting untuk umat maka jatuh hukumnya menjadi Fardhu Kifayah. Berbeza dengan Dakwah, seperti menuntut ilmu asas, ia bukan satu pengkhususan, akan tetapi ia wajib dilaksanakan oleh setiap orang Islam jika Syariat Allah belum ditegakkan. Oleh itu hukumnya adalah Fardhu Ain.

Allah swt menjadikan Dakwah sebagai sebaik-baik profesyen bagi seseorang yang mencari dan menuju keredhaanNya. FirmanNya bermaksud, “Dan siapakah yang lebih baik perkataannya dari orang yang Berdakwah (manusia) kepada Allah, beramal soleh dan berkata ‘Sesungguhnya aku seorang Islam’?” (Al-Quran). Dengan ini, perkataan dan ucapan seorang Pendakwah lebih baik dari perkataan para peguam, petani, doktor, akauntan dll.

Sebaik-baik amal ialah amal yang sangat diperlukan ketika itu atau yang mengikut keutamaan. Contohnya ketika hampir musim peperiksaan, amal yang terbaik atau keutamaan ketika itu ialah mengulangkaji pelajaran. Bahkan kata Ibnu Qayyim, diantara strategi Syaitan dalam memesong manusia selain mengajaknya kufur, bid’ah, melakukan dosa besar dan kecil ialah merosakkan aturan keutamaan dalam hidup seseorang, hingga dia tidak tahu lagi apakah yang sepatut didahulukan dan apa yang patut dikemudiankan. Jika kita melihat ciri-ciri para Mujaddid setiap kurun, ternyata bahawa mereka adalah penyelesai kepada isu yang dihadapi ummah ketika itu. “Sesungguhnya Allah akan membangkitkan disetiap permulaan kurun seorang yang akan memperbaharui (memberi nafas baru) untuk umat ini akan urusan agama mereka” (Hadis). Mujaddid Pertama, Umar Abdul Aziz (99H), seorang Khalifah yang berciri Khulafak Rasyidin dibangkitkan ketika hal keadaan dalam negara Islam dan umatnya masih utuh kecuali tingkahlaku ramai khalifah-khalifahnya. Mujaddid Kedua, Imam As-Syafie (199H), tokoh ulamak fiqh zamannya dan pengasas ilmu Usul Fiqh dibangkitkan ketika Islam berkembang pesat ke banyak pelusuk dunia dan bertemu dengan berbagai permasalahan kehidupan masyarakat yang sangat memerlukan ijtihad yang berbagai pula.

Di hari ini, semua kita tanpa mengira apa latarbelakang pengkhususan, mesti sepakat memahami apakah keutamaan hidup kita yang sebenar? Apakah permasalahan terbesar yang umat sedang hadapi di dunia amnya dan d Malaysia khususnya? Permasalahan terbesar umat Islam hari ini tidak lain selain hilangnya identiti Islam di dalam diri dan jiwa yang mengakibatkan runtuhnya sistem Islam di bumi dan negara mereka. Oleh itu profesyen atau tugas terpenting pula ialah Dakwah iaitu mendidik diri dan masyarakat sekeliling ke arah menuju keredhaan Allah swt dengan menegakkan kembali sistemNya di muka bumi dan mendominasikan agamaNya mengatasi agama-agama yang lain. “Dialah yang mengutuskan RasulNya dengan Hidayah dan Agama yang benar, agar Dia mendominasikan Agama tersebut mengatasi agama-agama yang lain walaupun orang-orang kafir tidak menyukai” (AL-Quran).

Oleh itu, seorang guru tidak sepatutnya tenggelam dengan rutin karier hariannya dengan timbunan buku dan aktiviti ko-kurikuum semata-mata, bahkan berusaha mendidik seramai mungkin pelajar dalam usrah, qiyamullail, rehlah dsb sehingga terbentuk individu-individu yang kuat memahami dan menghayati Islam yang sebenar. Seorang doktor tidak sepatutnya hanyut dengan karier hariannya mengubati sakit fizikal pesakit demi pesakit di klinik atau hospital, akan tetapi yang lebih penting ialah bagaimana dia dapat bersama dengan pendakwah-pendakwah lain bekerja keras atau memimpin usaha mengubati hati dan jiwa individu dan masyarakat Islam yang sedang parah pada hari ini hingga jasad Khalifah Islam yang besar dan bertahan lebih 1300 tahun runtuh tidak bermaya. Hakikat dan kesedaran yang sama ingin kita tanamkan dijiwa dan kefahaman seorang kerani, pegawai, peguam, pensyarah dan selain mereka. Nilaian prestasi hidup mereka yang sebenar terletak kepada perlaksanaan Fardhu AIn terlebih dahulu sebelum prestasi Fardhu Kifayah mereka.

Akhir sekali, setiap kita yang bekerja saban hari dan memiliki kesedaran yang tinggi terhadap apa yang kami huraikan di atas pasti akan menghadapi dua perkara besar di hadapan iaitu (1) fokus, (ii) masa. Dalam kesibukan belajar atau bekerja dengan karier masing-masing, sering fokus kita terhadap tugas-tugas Dakwah terganggu. Ramai orang pula dapat menjaga fokusnya, namun setelah tenggelam dengan pelajaran dan pekerjaan, saki baki masa yang terluang untuk Dakwahnya amat menyedihkan. Akhirnya tidak jauh berbeza di dalam masyarakat diantara mereka yang sedar, separuh sedar dengan mereka yang lalai dari tanggungjawab memikul tugas para Rasul yang mulia ini … Dakwah kepada Allah swt.

http://inijalanku.wordpress.com/2008/10/23/mencari-pendakwah-yg-hakiki/